LATAR BELAKANG SYARIKAT
GISB Travel & Tours Sdn Bhd ialah syarikat Islam Malaysia yang mahu menegakkan Islam melalui perniagaan melalui rangkaian anak-anak syarikat dalam pelbagai sektor pelancongan dan perkhidmatan.
GISB Travel & Tours Sdn Bhd bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Australia, Mekah, Madinah, Jordan, Mesir, Turki, Bosnia, Uzbekistan dan Eropah.
Ia telah ditubuhkan pada tahun 2008, dengan tumpuan awal pada sewa bas, tiket penerbangan, pakej pelancongan dan tempahan hotel.
Kini dengan berbagai aktiviti pelancongan termasuk restoran dan hotel dalam dan luar negara sangat memberi kredit besar kepada GISB Travel & Tours untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
OBJEKTIF, VISI & MISI
GISB Travel & Tours Sdn Bhd diperkukuhkan dengan matlamatnya yang unik, dimana perniagaan adakah sebagai laluan untuk seorang hamba mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan rahmatNya. Keuntungan komersil bukanlah sasaran utama, tetapi menegakkan semua Syariat Allah melalui pelancongan itulah yang paling penting.
Objektif Syarikat
Menjadi sebuah syarikat pelancongan Islam yang diyakini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti:
- Pelancongan Islam Ziarah dan Tijarah
- Tempahan tiket
- Tempahan hotel
- Pelancongan Dalam dan Luar Negera termasuk Umrah dan Ziarah
Visi Syarikat
Menjadi sebuah syarikat pelancongan Bumiputera Muslim yang dikenali dalam dan luar negara.
Misi Syarikat
- Memberi perkhidmatan terbaik yang membawa kepuasan bukan hanya lahir sabaliknya memperdekatkan diri dengan Allah Yang Esa.
- Menyediakan pakej dan perkhidmatan yang boleh diubahsuai mengikut keselesaan dan kemudahan para pelanggan.
- Menyediakan pakej yang berpatutan dan berkualiti.